Promosi sah pada tarikh ini sahaja
Maklumat Am Peraduan
1. Apakah itu Hari My Lotus's?
○Hari My Lotus's adalah acara sehari khas untuk ahli My Lotus's, di mana mereka boleh menikmati ganjaran tambahan apabila berbelanja di mana-mana cawangan Lotus's atau di Lotus's Shop Online pada tarikh tertentu yang ditetapkan.
○ Warganegara Malaysia atau penduduk tetap berumur 18 tahun ke atas dengan kad pengenalan sah yang mendaftar sebagai Ahli My Lotus's. Pekerja penganjur dan keluarga terdekat mereka tidak layak menyertai.
2. Bila Hari My Lotus's diadakan?
○ Ia akan diadakan pada Hari Rabu kedua setiap bulan, bermula dari Jun 2025 hingga Disember 2025. Tarikh-tarikh tersebut adalah:
11 Jun, 9 Julai, 13 Ogos, 10 September, 8 Oktober, 12 November, dan 10 Disember.
3. Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
○ Kempen ini terbuka kepada semua ahli yang mendaftar untuk akaun aplikasi mudah alih Lotus's Malaysia atau mendaftar akaun di Lotus's Shop Online.
4. Apakah ganjaran yang akan diterima oleh ahli My Lotus's semasa Hari My Lotus's?
Ganjaran | Lotus's Stor | Lotus's Shop Online |
---|---|---|
(1) 2x Mata Ganjaran | Terima tambahan 1x mata ganjaran My Lotus's untuk setiap pembelian. | |
(2) Baucar RM10 tanpa perbelanjaan minimum | Belanja minimum RM100 pada Hari My Lotus's dan terima baucar RM10 dalam aplikasi Lotus's dalam masa 24 jam. (Sah untuk 14 hari dari tarikh dikeluarkan) Contoh: Belanja RM100 pada 11 Jun 2025, terima baucar RM10 pada 12 Jun 2025, sah hingga 26 Jun 2025. |
Tidak tesedia |
(3) Lebih 1,000,000 mata ganjaran untuk dimenangi | Langkah 1: Belanja di stor Lotus's atau di Lotus's Shop Online Langkah 2: Imbas dan hantar penyertaan di halaman kempen Langkah 3: Keputusan akan diumumkan di Facebook Lotus's Malaysia. 71 pemenang akan dipilih - satu(1) dari setiap Lotus's stor dan satu(1) dari Lotus's Shop Online. |
2x Mata Ganjaran
1. Adakah saya perlu berbelanja sekurang-kurangnya untuk layak mendapat 2x mata ganjaran?
○ Tidak, tiada perbelanjaan minimum diperlukan. Selagi anda membuat pembelian di mana-mana cawangan Lotus's atau Shop Online semasa tempoh kempen, anda layak menerima tambahan 1x mata ganjaran.
2. Bagaimana saya akan menerima 2x mata ganjaran?
Lotus's Stor: Mata ganjaran tambahan akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda dalam masa 24 jam.
Lotus's Shop Online: Mata ganjaran tambahan akan dikreditkan secara automatik ke akaun anda dalam masa 24 jam selepas penghantaran pesanan selesai.
3. Bolehkah saya menerima 2x mata ganjaran lebih dari sekali?
○ Ya. Anda akan menerima 2x mata ganjaran untuk setiap pembelian yang dibuat pada Hari My Lotus's.
4. Adakah saya perlu melakukan sesuatu untuk menuntut mata ganjaran?
○ Tidak. Mata ganjaran akan dikreditkan ke akaun anda secara automatik.
5. Apa yang perlu saya lakukan jika tidak menerima mata ganjaran dalam tempoh yang dinyatakan?
○ Sila hubungi kami melalui Mesej Langsung Facebook di halaman Facebook Lotus's Malaysia untuk bantuan lanjut.
6. Bolehkah saya menukar 2x mata ganjaran dengan wang tunai atau produk?
○ Tidak, mata ganjaran adalah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau produk lain. Mata ganjaran ini adalah sebahagian daripada program My Lotus's dan boleh ditebus mengikut terma dan syarat program tersebut.
Baucar RM10
1. Adakah saya perlu berbelanja minima untuk layak mendapat baucar RM10?
○ Ya, anda perlu membuat perbelanjaan minimum RM100 di Lotus's Store pada Hari My Lotus's untuk layak menerima baucar RM10.
2. Bagaimana saya akan menerima baucar RM10?
Lotus's Stor: Baucar akan dikreditkan ke aplikasi Lotus's anda dalam masa 24 jam.
Lotus's Shop Online: Baucar RM10 tidak tersedia untuk pembelian dalam talian.
3. Bolehkah saya menerima baucar RM10 lebih dari sekali?
○ Anda hanya boleh menerima satu baucar RM10 setiap Hari My Lotus's, tertakluk kepada syarat perbelanjaan minimum.
4. Adakah saya perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan baucar RM10?
○ Ya, anda perlu membuat perbelanjaan minimum RM100 pada Hari My Lotus's untuk layak menerima baucar RM10.
5. Apa yang perlu saya lakukan jika tidak menerima baucar RM10 dalam tempoh yang dinyatakan?
○ Sila hubungi kami melalui Mesej Langsung Facebook di halaman Facebook Lotus's Malaysia untuk bantuan lanjut.
6. Bolehkah saya menukar baucar RM10 dengan wang tunai atau produk?
○ Tidak, baucar adalah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau produk lain.
Lebih 1,000,000 Mata Ganjaran My Lotus's Diberikan
1. Adakah saya perlu berbelanja minima untuk layak menyertai cabutan ini?
○Ya, anda perlu membuat perbelanjaan minimum RM1 di mana-mana Lotus's stor atau Shop Online untuk layak menyertai cabutan ini.
2. Bagaimana cara cabutan mata ganjaran ini dijalankan?
○Sebanyak 1,420,000 mata ganjaran My Lotus's akan diberikan kepada 71 pemenang bertuah:
70 pemenang dari setiap Lotus's stor
1 pemenang dari Lotus's Shop Online
○Setiap pemenang akan menerima 20,000 mata ganjaran (bernilai RM100).
3. Bagaimana saya akan menerima ganjaran saya?
○Mata ganjaran akan dikreditkan secara automatik ke aplikasi Lotus's anda pada hari yang sama dengan pengumuman pemenang.
4. Bila saya akan tahu jika saya terpilih sebagai pemenang?
○Pengumuman pemenang akan dibuat melalui halaman Facebook Lotus's Malaysia.
5. Bolehkah saya menang lebih dari sekali?
○Tidak, setiap ahli hanya boleh menang sekali sepanjang tempoh Hari My Lotus's. Pemenang sebelumnya akan dikecualikan daripada cabutan seterusnya.
6. Apa yang perlu saya lakukan untuk layak menyertai cabutan ini?
Membuat pembelian pada Hari My Lotus's
Muat naik resit pembelian dan jawab satu soalan dengan betul di halaman kempen
7. Apa yang perlu saya lakukan jika tidak menerima 20,000 mata ganjaran dalam tempoh yang dinyatakan?
○Sila hubungi kami melalui Mesej Langsung Facebook di halaman Facebook Lotus's Malaysia untuk bantuan lanjut.
8. Bolehkah saya menukar mata ganjaran yang diterima dengan wang tunai atau produk?
○Tidak, mata ganjaran adalah tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau produk lain.
Pulangan Tunai TrueMoney
1. Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
○Semua pengguna TrueMoney yang telah berdaftar dan juga merupakan ahli Lotus's sebelum tarikh kempen bermula.
2. Apakah ganjaran yang diberikan kepada pengguna TrueMoney?
○Pulangan tunai RM20 akan diberikan kepada pengguna TrueMoney yang berbelanja minimum RM150 pada Hari My Lotus's dan membuat bayaran menggunakan aplikasi TrueMoney.
3. Bilakah ganjaran ini akan diberikan?
○Hanya pada hari Rabu minggu kedua setiap bulan, iaitu pada 10 September, 8 Oktober, 12 November dan 10 Disember 2025 SAHAJA.
4. Apa yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan pulangan tunai ini?
○Belanja minimum RM150 dalam satu transaksi di Lotus's Hypermarket dan buat bayaran menggunakan aplikasi TrueMoney (bukan melalui DuitNow QR).
5. Berapa jumlah pulangan tunai yang saya akan terima?
○Anda akan menerima RM20 pulangan tunai, terhad kepada satu (1) ganjaran sahaja bagi setiap pengguna dalam sebulan.
6. Bilakah saya akan menerima pulangan tunai saya?
○Pulangan tunai akan dikreditkan dalam tempoh 48 jam selepas transaksi. Anda akan menerima notifikasi dalam aplikasi TrueMoney setelah ia diproses.
Soalan Lazim Umum
1. Bolehkah Lotus's membatalkan atau mengubah suai kempen ini?
○Ya, Lotus's berhak untuk membatalkan, menggantung, atau mengubah suai kempen ini pada bila-bila masa tanpa notis awal, termasuk perubahan pada tempoh kempen atau kriteria kelayakan.
2. Di mana saya boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini?
○Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan mengenai kempen ini, sila hubungi kami melalui Mesej Langsung Facebook di halaman Facebook Lotus's Malaysia, Isnin hingga Jumaat, dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang.
1. Umum
1.1 Hari My Lotus's ialah kempen bulanan yang dianjurkan oleh Lotus's Malaysia bagi menghargai ahli My Lotus's dengan tawaran dan ganjaran eksklusif.
1.2 Dengan menyertai kempen ini, pelanggan dianggap telah bersetuju untuk mematuhi semua Terma & Syarat yang dinyatakan. Lotus's Malaysia berhak untuk meminda Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
1.3 Sekiranya terdapat sebarang percanggahan atau ketidakkonsistenan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu bagi Terma & Syarat ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
2. Tempoh Kempen
2.1 Hari My Lotus's akan diadakan pada hari Rabu kedua setiap bulan, bermula pada 11 Jun 2025 dan berakhir pada 10 Disember 2025.
2.2 Tarikh-tarikh khusus adalah seperti berikut:
11 Jun, 9 Julai, 13 Ogos, 10 September, 8 Oktober, 12 November, 10 Disember.
3. Kelayakan
3.1 Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan yang berdaftar sebagai ahli My Lotus's melalui:
Aplikasi mudah alih Lotus's Malaysia, atau
Lotus's Shop Online (www.lotuss.com.my)
3.2 Kakitangan dan pembekal Lotus's layak untuk menerima ganjaran 2x mata My Lotus's dan baucar RM10; namun begitu, mereka tidak layak untuk penyertaan pemberian lebih 1,000,000 mata ganjaran My Lotus's.
4. Ganjaran & Penyertaan
4.1 2x Mata Ganjaran My Lotus's
Ahli akan menerima tambahan 1x mata ganjaran
My Lotus's untuk semua pembelian yang dibuat di:
Tiada perbelanjaan minimum diperlukan.
Mata ganjaran akan dikreditkan secara automatik dalam tempoh 24 jam selepas pembelian (untuk pembelian di stor), atau selepas penghantaran selesai (untuk pembelian dalam talian).
4.2 Baucar RM10 dengan Perbelanjaan RM100 (Lotus's Stor Sahaja)
Ahli yang berbelanja minimum RM100 dalam satu resit di mana-mana stor Lotus's pada Hari My Lotus's akan menerima baucar RM10 melalui aplikasi Lotus's.
Baucar akan dikreditkan dalam tempoh 24 jam dan sah selama 14 hari dari tarikh dikeluarkan.
Setiap ahli hanya layak menerima satu (1) baucar RM10 bagi setiap hari kempen. Ganjaran ini tidak terpakai untuk pembelian dalam talian.
4.3 Pemberian Lebih 1,000,000 Mata Ganjaran My Lotus's
Sebanyak 1,420,000 mata ganjaran My Lotus's akan diberikan kepada 71 pemenang setiap bulan:
Setiap pemenang akan menerima 20,000 mata ganjaran My Lotus's, bersamaan nilai RM100.
Untuk menyertai:
5. Terma Lain
5.1 Tidak Boleh Dipindah Milik
Semua ganjaran termasuk baucar dan mata ganjaran adalah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar, dan tidak boleh ditebus dengan wang tunai atau barang lain.
5.2 Pembatalan Secara Automatik
Lotus's Malaysia berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana peserta yang didapati menipu, memanipulasi, atau menyalahgunakan proses kempen.
5.3 Had Tanggungan
Lotus's Malaysia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul daripada penyertaan dalam kempen ini, termasuk masalah teknikal, gangguan sistem, atau kelewatan.
6. Bantuan/Pertanyaan Pelanggan
6.1 Untuk bantuan atau pertanyaan berkaitan Hari My Lotus's, sila hubungi kami melalui:
Mesej Langsung Facebook
Halaman Facebook Lotus's Malaysia
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi - 6:00 petang
7. Hak Untuk Mengubah atau Membatalkan
7.1 Lotus's Malaysia berhak untuk membatalkan, menggantung, atau meminda kempen, mekanisme, ganjaran, atau Terma & Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis awal.
8. Pulangan Tunai TrueMoney
8.1 Kempen ini dianjurkan oleh True Money Malaysia Sdn. Bhd. Dengan menyertai kempen ini, pengguna aplikasi TrueMoney Wallet Malaysia bersetuju untuk mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan.
8.2 Terma dan syarat ini hendaklah dibaca bersama dengan Terma Perkhidmatan TrueMoney, Terma & Syarat Kempen, serta Polisi Privasi TrueMoney.
8.3 Sekiranya berlaku percanggahan antara dokumen, keutamaan akan diberikan dalam susunan berikut: (i) Terma & Syarat ini; (ii) Terma & Syarat Kempen; (iii) Terma Perkhidmatan TrueMoney.
8.4 TrueMoney berhak membatalkan mana-mana ganjaran atau tawaran sekiranya pengguna melanggar mana-mana syarat kempen ini.
Terma & Syarat Kempen
○Kelayakan terbuka kepada semua pengguna TrueMoney yang berdaftar SAHAJA.
○Pulangan tunai (Cashback) akan dikreditkan ke akaun pelanggan dalam tempoh tidak melebihi 48 jam selepas transaksi dilakukan. Pengguna akan dimaklumkan melalui notifikasi aplikasi TrueMoney selepas cashback dikreditkan.
○Perbelanjaan minimum sebanyak RM150 diperlukan untuk menikmati promosi ini.
○Transaksi melalui DuitNow QR adalah TIDAK sah bagi kempen ini.
○Kempen ini hanya layak kepada pengguna TrueMoney yang telah melengkapkan pengesahan eKYC melalui kad pengenalan (IC) atau pasport dalam aplikasi TrueMoney SAHAJA.
○Pengguna juga MESTILAH sudah menjadi ahli Lotus's sebelum tarikh kempen bermula.
○Kempen ini sah sehingga tarikh akhir yang dinyatakan atau sehingga bajet kempen telah ditebus sepenuhnya.
○Untuk maklumat lanjut, sila lihat butiran seperti di bawah:
Tempoh Kempen | Lokasi Jualan | Perbelanjaan Minimum | Butiran Pulangan Tunai |
---|---|---|---|
10 Sep, 8 Okt, 12 Nov & 10 Dis 2025 (Setiap hari Rabu minggu ke-2 SAHAJA) | Pasar Raya Besar Lotus's | RM150 | ○RM20 Cashback ○Sebulan SATU (1) kali penggunaan bagi setiap pengguna |
○Kempen ini sah bersama mana-mana kempen pulangan tunai lain yang sedang berlangsung sepanjang tempoh kempen, melainkan dinyatakan sebaliknya.
○Untuk sebarang pertanyaan berkenaan kempen, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami melalui emel di enquiry@truemoney.com.my.